Selangor sah ke ACL2

Pemain Selangor FC, Brendan Seng Ling Gan (tiga dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang pasukan PDRM FC pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad. - Foto Bernama
Pemain Selangor FC, Brendan Seng Ling Gan (tiga dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang pasukan PDRM FC pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

SELANGOR FC sah menempah slot ke saingan saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim depan selepas mengakhiri saingan Liga Super pada kedudukan kedua.

Perkara itu diumumkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang menyaksikan skuad Gergasi Merah itu akan kembali ke pentas Asia buat kali pertama selepas lapan tahun.

“Tahniah diucapkan kepada Selangor FC yang akan mewakili Liga Malaysia di pentas Asia untuk musim 2024/2025.

“Selangor FC akan beraksi di AFC Champions League 2 (ACL2). Semoga berjaya," kata MFL dalam hantaran di laman Facebooknya pada Selasa.

Saingan ACL2 adalah penjenamaan semula bagi Piala AFC bermula musim depan dan menampilkan kelainan apabila akan disertai beberapa pasukan dari negara gergasi bola sepak Asia seperti Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi, Qatar, Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dalam pada itu, MFL turut mengumumkan Johor Darul Ta'zim (JDT) akan beraksi di Liga Juara-Juara Elit AFC (ACLE) musim depan.

"Tahniah diucapkan kepada JDT yang akan mewakili Liga Malaysia di pentas Asia untuk musim 2024/2025. JDT akan beraksi di AFC Champions League Elite (ACLE)," katanya.

ACLE turut dijenamakan semula berbanding format semasa ACL dengan hanya 24 kelab yang akan beraksi berbanding 40 kelab dalam saingan ACL.

Artikel Berkaitan:

Ia juga akan menggunakan format 'swiss-system' menggantikan saingan peringkat kumpulan sebelum ini sama seperti digunakan oleh Liga Juara-Juara UEFA bermula musim 2024-25.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!