Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Penduduk Rantau Panjang desak bina terowong atasi banjir termenung

19 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 19 DISEMBER 2023

Penduduk di Rantau Panjang mendesak kerajaan supaya membina terowong khas bagi mengelakkan banjir termenung terus membelenggu mereka setiap kali Monsun Timur Laut (MTL), laqpor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Sejak Projek Pembangunan Lembangan Bersepadu (PLSB) Sungai Golok dibina, lebih 10 kampung di Rantau Panjang terpaksa berdepan dengan banjir yang lama serta air mencecah sehingga 7 meter.

Ahli Jawatankuasa Bertindak Banjir Rantau Panjang, Mohd Ariffin Ismail berkata, setiap kali musim tengkujuh mereka terpaksa berulang alik ke pusat pemindahan sementara (PPS) lebih tiga kali.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/640359/edisi/kelantan/penduduk-rantau-panjang-desak-bina-terowong-atasi-banjir-termenung