Jangan kasari anggota lakukan penguatkuasaan larangan merokok

Sivanesan (dua dari kiri) mengedarkan tanda larangan merokok ketika tinjauan ke Medan Selera Dato' Sagor hari ini.
Sivanesan (dua dari kiri) mengedarkan tanda larangan merokok ketika tinjauan ke Medan Selera Dato' Sagor hari ini.
A
A
A

IPOH - Orang awam diingatkan tidak sesekali bertindak kasar terhadap mana-mana anggota Jabatan Kesihatan yang mengeluarkan kompaun bagi larangan merokok di premis makanan yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula esok.

Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak, A Sivanesan berkata, tindakan menggunakan kekerasan seperti marah dan enggan memberi kerjasama itu boleh dianggap satu kesalahan serius.

"Pegawai dan anggota penguat kuasa kita hanya menjalankan tugas, jangan sesekali mengasari mereka, seeloknya apabila dikenakan kompaun, terima sahaja.

Sivanesan bersama Dr Lay Ming mengedarkan tanda larangan merokok kepada pengusaha premis makanan ketika tinjauan ke Medan Selera Dato' Sagor hari ini.
Sivanesan bersama Dr Lay Ming mengedarkan tanda larangan merokok kepada pengusaha premis makanan ketika tinjauan ke Medan Selera Dato' Sagor hari ini.

"Jika tidak puas hati dan mahu mencabar, lakukan mengikut undang-undang. Kita sedia terima apa juga aduan dan kes di mahkamah," katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan Medan Selera Dato' Sagor bagi penguatkuasaan pendidikan di tempat makan sebagai kawasan larangan merokok hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ding Lay Ming.

Sivanesan (kanan) berpuas hati dengan penguatkuasaan pendidikan dijalankan Jabatan Kesihatan Perak.
Sivanesan (kanan) berpuas hati dengan penguatkuasaan pendidikan dijalankan Jabatan Kesihatan Perak.

Sivanesan berkata, pemantauan aktiviti yang dilakukan semasa penguatkuasaan pendidikan bermula 1 Januari hingga 30 Disember lepas berjaya mengesan 8,690 orang yang merokok di kawasan larangan.

Artikel Berkaitan:

Dalam tempoh sama katanya, sebanyak 6,105 notis peringatan dikeluarkan kepada pengusaha premis dan individu atas kesalahan pewartaan itu dengan 5,330 premis makanan tiada tanda larangan merokok.

"Setakat ini, tiada laporan bahawa anggota kita dikasari, dalam tempoh penguatkuasaan pendidikan itu juga hanya 52 aduan awam mengenai kesalahan perokok diterima dan semuanya dapat diselesaikan menerusi siasatan serta nasihat," katanya.

Beliau turut berpuas hati dengan perubahan moral dan minda perokok-perokok di negeri ini apabila menghormati setiap kawasan larangan merokok.

"Kita harap sikap ini dikekalkan kerana selepas ini tiada lagi amaran diberikan sebaliknya terus kepada denda, anggota dan pegawai kita akan menjalankan penguatkuasaan 24 jam di lokasi-lokasi larangan merokok seluruh negeri," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!