Teknologi AI bakal bantu pelabur di Malaysia - DDNK

Dari kiri Heddy, Nazri dan Nur Azman ketika melancarkan buku terbaharu tulisan Nazri bertajuk 'Autopilot Millionaire' khas untuk para pelabur dengan pendekatan pelaburan terkini. - FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID
Dari kiri Heddy, Nazri dan Nur Azman ketika melancarkan buku terbaharu tulisan Nazri bertajuk 'Autopilot Millionaire' khas untuk para pelabur dengan pendekatan pelaburan terkini. - FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KETUA Ahli Ekonomi & Pengurus Dana Bebas, Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) bakal bekerjasama dengan sebuah syarikat daripada Amerika Syarikat (AS) bagi membawa masuk teknologi buatan (AI) untuk membantu pelabur.

Beliau berkata berkata, teknologi AI yang bakal dibawa masuk ini dapat memberikan informasi terkini berkaitan pelaburan dan perdagangan ke dalam sistem syarikat

Menurutnya, AI yang akan dilancarkan pada Mac akan datang dijangka dapat membantu orang ramai untuk membantu memberikan maklumat situasi terkini berkenaan saham -saham terbaik yang boleh dibeli.

“Para pelabur akan dapat membuat keputusan yang lebih positif dalam pelaburan, dengan bantuan sistem AI yang akan datang ini dalam mengenal pasti saham-saham yang diniaga rendah dan meramalkan saham mana yang berpotensi melonjak naik di masa hadapan.

“Jadi AI ini akan bagi tahu kita, dia boleh baca 'chart patern', 'fundalmental patern' sekali gus akan menyenangkan kita. Bukan kita nak kata AI ini tepat tetapi teknologinya boleh memudahkan proses kita untuk membuat proses pelaburan yang tepat,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Market Outlook 2024 di sebuah hotel di sini pada Selasa.

Turut hadir Naib Presiden Kanan (Pelaburan) dan Pengurus Dana Bebas IPAM, Heddy Humaizi dan Ketua Pegawai Operasi Vega Hermosa Sdn Bhd, Nur Azman Abdullah.

Artikel Berkaitan:

Nazri Khan
Nazri Khan

Pada sidang akhbar itu, Nazri turut melancarkan buku terbaharu tulisannya yang bertajuk 'Autopilot Millionaire' khas untuk para pelabur serta peserta kursus yang dianjurkan beliau sepanjang tahun depan dengan pendekatan pelaburan terkini.

Beliau yang juga dikenali sebagai DDNK berkata, AI ini akan bertindak sebagai penasihat ekonomi peribadi dan kebolehannya telah diuji oleh pasukannya dan dijangka AI ini akan menjadi lebih bijak dari masa ke masa.

“Kita boleh gunakan AI untuk rujuk tentang ekonomi, AI dan akan beritahu strategi yang baik untuk kita laksanakan.

"Kita yakin formula baharu dalam pelaburan seperti pendekatan AI dalam program pendidikan dan latihan adalah formula yang berpotensi untuk memberikan keuntungan kepada pelabur serta sebagai salah satu kaedah baharu dalam industri pelaburan negara yang bakal diperkenalkan,” ujarnya.

Sementara itu, berhubung gelembung AI, beliau menjangka ia akan bertahan antara lima hingga enam tahun lagi.

Jelasnya, 'super bull' pasaran-pasaran serantau dan global akan bermula tahun depan yang seterusnya membawa kepada era DotAI.

“Saya melihat gelembung AI berbeza daripada gelembung Dotcom yang berlaku pada 1995 kerana aplikasi dan saiz AI adalah lebih besar,” ujarnya.

Nazri dalam pada itu turut menasihatkan para pelabur agar tidak terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak sah atau penipuan dalam talian yang menggunakan nama, gambar serta video beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!