Penunggang motosikal bawa pisau, alat hisap dadah ditahan

No Image Caption
A
A
A

GOMBAK - Seorang penunggang motosikal ditahan kerana membawa pisau serta peralatan menghisap dadah di Selayang Baru dekat sini pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang membuat rondaan sekitar jam 2.30 pagi melihat suspek menunggang motosikal Modenas Kristar 110 dalam keadaan mencurigakan.

"Semasa pemeriksaan dilakukan, kita menjumpai sebilah pisau panjang berhulu kayu tanpa sarung dan menemui peralatan menghisap dadah.

“Lelaki itu dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Noor Ariffin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Masyarakat disarankan untuk menyalurkan sebarang maklumat sekiranya terdapat aktiviti yang mencurigakan berkaitan dadah atau Jenayah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!