Kes HFMD di Perlis masih terkawal

Dr Sirajuddin
Dr Sirajuddin
A
A
A

KANGAR - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis menafikan dakwaan tular di media sosial mengatakan kes berkaitan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) sedang merebak di negeri ini.

Pengarah JKN Perlis, Dr Sirajuddin Hashim menegaskan, dakwaan dibuat oleh seorang pengguna Facebook berkenaan kes HFMD di negeri ini adalah tidak tepat.

"Tindakan berkenaan sangat tidak bertanggungjawab kerana ia boleh menggusarkan masyarakat awam di Perlis.

"Pihak kami memiliki rekod bagi setiap pesakit yang menghidap penyakit berkenaan dan bilangannya tidaklah ramai seperti yang didakwa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Dr Sirajuddin, setakat ini kes HFMD di Perlis masih terkawal dan bilangan kes juga antara yang terendah jika dibandingkan dengan negeri lain.

"Jika ada kes yang membabitkan HFMD, langkah pengasingan dan pencegahan akan dikeluarkan kepada orang awam khususnya pesakit," katanya.

Semalam menerusi satu akaun bernama Zaza Romli di Facebook mendakwa kanak-kanak di Perlis sedang dijangkiti wabak HFMD berikutan kekerapan melakukan aktiviti luar rumah pada musim cuti persekolahan.

Sementara itu, Dr Sirajuddin menasihatkan orang ramai agar peka akan keadaan anak mereka.

Artikel Berkaitan:

"Segera membawa anak ke klinik atau hospital berdekatan sekiranya anak mengalami gejala seperti demam; ruam di tapak tangan atau kaki dan ulser mulut ulser mulut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!