Lelaki Pakistan menyamar pegawai perubatan didenda RM8,000

Pihak polis membawa Suhaib (dua dari kanan) ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu, untuk menghadapi satu tuduhan menyamar sebagai pegawai perubatan di sebuah klinik swasta.
Pihak polis membawa Suhaib (dua dari kanan) ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu, untuk menghadapi satu tuduhan menyamar sebagai pegawai perubatan di sebuah klinik swasta.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki warga Pakistan menyamar sebagai pegawai perubatan di sebuah klinik swasta, mengundang padah apabila didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini pada Rabu.

Suhaib Jalal, 26, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca dalam bahasa Inggeris, di hadapan Majistret, Noorelynna Hanim Abd Halim.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara selama lapan bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menipu dengan menyamar sebagai pegawai perubatan, sehingga mendorong seseorang untuk mempercayai bahawa tertuduh mempunyai berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah klinik swasta di Taman Maluri, pada jam 9 malam, 1 Disember lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, hasil serbuan di lokasi kejadian, pihak polis mendapati tertuduh menawarkan khidmat rawatan kesihatan tanpa sijil perakuan dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara selama lapan bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara selama lapan bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Semasa prosiding, peguam, Tripatjit Singh yang mewakili Suhaib merayu agar anak guamnya ini dikenakan hukuman ringan.

"Dia telah direman selama 19 hari, merupakan seorang graduan di salah sebuah universiti di China dalam jurusan perubatan.

"Bagaimanapun, dia tidak mempunyai sijil pengesahan daripada KKM untuk memberikan khidmat perubatan itu di Negara ini," katanya.

Selain itu, tertuduh turut diwakili peguam, Tharanjit Singh.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aisyah Mohamed Zanyuin mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran agar tidak mengulangi kesalahan sama.

"Dia perlu mematuhi undang-undang Malaysia termasuk prosedur yang ditetapkan KKM," katanya.