Pasar raya nafi jual ayam tidak sembelih

Hantaran dimuat naik di laman sosial mendakwa ayam dibeli dari sebuah pasar raya di Kuala Terengganu tidak disembelih.
Hantaran dimuat naik di laman sosial mendakwa ayam dibeli dari sebuah pasar raya di Kuala Terengganu tidak disembelih.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sebuah pasar raya di sini menafikan ayam yang dijual tidak melalui proses penyembelihan sebagaimana ditularkan di media sosial pada Selasa.

Pasar raya itu dalam kenyataan berkata, bekalan ayam tersebut diperoleh daripada pembekal Melayu yang disahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

"Kami ingin menegaskan bahawa ayam segar yang kami pasarkan daripada pembekal yang disahkan.

"Kami yakin dengan proses penyembelihan itu dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang unsur yang berbaur fitnah," katanya.

Dalam pada itu, kenyataan itu berkata, pihak pasar raya tersebut tidak akan bertolak ansur dengan sebarang unsur berbaur fitnah.

"Sebarang fitnah yang disebarkan berkaitan dengan pasar raya akan dilaporkan kepada pihak polis dan dibawa ke muka pengadilan. Tidak pasti jangan kongsi," tulisnya.

Selasa lalu, seorang pengguna memuat naik gambar di media sosial Facebook mendakwa ayam yang dibeli ibunya dari pasar raya di sini tidak disembelih.

Bagaimanapun, carian pada Rabu mendapati hantaran dimuat naik wanita berkenaan telah dipadamkan.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Sebuah pasar raya di Kuala Terengganu menafikan ayam yang dijual tidak melalui proses penyembelihan sebagaimana ditularkan di media sosial pada Selasa #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #ProsesPenyembelihan #BekalanAyam

Hard News - DM Production

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!