SP Setia, Mitsui Fudosan bekerjasama bina kediaman bernilai RM1.4 bilion
SP SETIA Berhad (SP Setia) bekerjasama dengan Mitsui Fudosan (Asia) Malaysia Sdn Bhd (Mitsui Fudosan) untuk membangunkan projek hartanah di Bukit Persekutuan Setia, Bangsar, Kuala Lumpur dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.4 bilion.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia, Datuk Choong Kai Wai berkata, pembangunan di atas tanah seluas 1.08 hektar itu melibatkan dua menara kediaman yang mempunyai kira-kira 1,300 unit dengan menara pertamanya dijadualkan dilancar tahun depan.
Ujarnya, projek itu secara tidak langsung memberikan nafas baharu kepada pembangunan di Bangsar serta memberi peluang lebih besar bagi S P Setia untuk meluaskan lagi kehadirannya dan mewujudkan hartanah yang kukuh.
"Usaha sama antara SP Setia dan Mitsui Fudosan ini penting untuk kedua-duanya syarikat, kerana ia menghimpunkan salah satu pemaju terkemuka negara dan syarikat pelaburan hartanah terbilang di Malaysia.
"Ia bukan sahaja akan meningkatkan portfolio projek tetapi juga memberikan peluang yang luar biasa untuk SP Setia dalam memasarkan kepada pelanggan antarabangsa.
"Kami gembira dapat bekerjasama dengan Mitsui Fudosan dalam projek ini. Kami yakin bahawa usaha sama ini akan membuka jalan kepada pembangunan yang luar biasa," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Bukit Persekutuan Setia merupakan pembangunan berprestij yang terletak di kawasan utama Bangsar dengan keluasan 20.9 hektar.
Projek itu juga katanya, dijangka menikmati pertumbuhan hartanah yang kukuh di tengah-tengah Kuala Lumpur dan begitu diingini dalam kalangan pembeli rumah dan pelabur yang arif.
"Kami gembira dapat bekerjasama dengan Mitsui Fudosan dalam projek ini. Kami yakin bahawa usaha sama ini akan membuka jalan kepada pembangunan yang luar biasa," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!