'Jaga imej PDRM, usah cemari uniform dipakai' - KPN

Razarudin ketika ditemui selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Negeri Sembilan, di sini pada Rabu.
Razarudin ketika ditemui selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Negeri Sembilan, di sini pada Rabu.
A
A
A

SEREMBAN - Semua anggota dan pegawai polis tanpa mengira pangkat diingatkan tidak berlindung di sebalik pakaian seragam untuk melakukan kesalahan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, pasukan polis sepatutnya menjaga imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali gus bagi memberi keyakinan kepada masyarakat.

Razarudin memakai pingat kepada penerima semasa Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Negeri Sembilan, di sini pada Rabu.
Razarudin memakai pingat kepada penerima semasa Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Negeri Sembilan, di sini pada Rabu.

"Saya ingatkan sekali lagi anggota dan pegawai supaya jangan berlindung di sebalik uniform atau di sebalik kuasa atau lencana kita.

"Kita sepatutnya jaga imej PDRM sebaiknya dan sepatutnya mendapat keyakinaan serta kepercayaan dari rakyat untuk menentukan bahawa citra PDRM ini di tempat teratas. Itu pesanan saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Negeri Sembilan, di sini pada Rabu.

Menurut Razarudin, pihaknya juga tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota atau pegawai sekiranya mereka didapati melakukan kesalahan jenayah termasuk kesalahan tata kelola.

Tegasnya, mereka juga akan berdepan tindakan tata tertib serta merta seperti mana tindakan terhadap seorang pegawai kanan polis yang terlibat dalam kes kemalangan maut seorang pelajar tingkatan lima di Meru, Ipoh baru-baru ini.

"Kalau kita tengok, banyak benda baik yang dilakukan PDRM, tapi dalam satu isu seperti di Ipoh ini, polis dihukum dengan teruk sedangkan ia satu isu saja.

Artikel Berkaitan:

"Banyak lagi isu dan perkara yang lebih bagus dilakukan oleh anggota dan pegawai PDRM," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan kepada pasukan PDRM terutama bagi yang sudah berkeluarga supaya menjaga kerjaya mereka kerana jika tidak ia turut akan memberi kesan kepada keluarga.

"Saya juga berpesan pada diri saya, bukan saja anggota dan pegawai. Saya berpesan pada diri saya sendiri,"katanya.

Dalam pada itu pada majlis berkenaan, seramai 210 anggota yang masih berkhidmat, pesara dan waris pesara menerima pingat jasa pahlawan atas jasa mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!