Rasuah Busters terima penghargaan MPK

Pasukan Rasuah Buster menerima penghargaan disampaikan Noraini (dua dari kiri) kepada Wan Normi (dua kanan).
Pasukan Rasuah Buster menerima penghargaan disampaikan Noraini (dua dari kiri) kepada Wan Normi (dua kanan).
A
A
A

KLANG - [DIKEMAS KINI] Kerja keras pasukan Rasuah Busters dalam menyampaikan mesej antirasuah kepada umum mendapat perhatian banyak pihak termasuk pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Terbaharu pasukan itu menerima penghargaan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan sebagai rakan strategik Hari Klang Tanpa Kenderaan sempena Majlis Anugerah Komuniti MPK 2023.

Majlis anugerah berkenaan berlangsung meriah di sebuah hotel di sini yang disempurnakan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Ng Suee Lim pada Rabu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Leong Tuck Chee; ADUN Sentosa, Dr Gunaraj George; ADUN Pelabuhan Klang, Azmizan Zaman Huri; ADUN Batu Tiga, Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid dan ADUN Meru, Mariam Abdul Rashid.

Pasukan Rasuah Busters terima penghargaan MPKmenerima penghargaan disampaikan Yang Dipertua MPK, Datin Paduka Noraini Roslan kepada Pengurus Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hasan.

Noraini ketika berucap memaklumkan pelbagai program dilaksanakan sepanjang tahun ini antaranya program berkala komuniti strata, car free day, kebun komuniti dan kejiranan hijau.

Selain itu, katanya, turut diadakan adalah program penanaman pokok, kitar semula dan penjagaan sungai.

"Kesemua program ini menyokong kepada 17 SDGs pembangunan mampan manakala kepelbagaian projek MPK yang rancak berjalan ialah projek berdaya huni, MyPlace, lorong basikal serta pejalan kaki, bandar pintar, bandar selamat dan rejuvenasi bandar.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua program adalah bagi memastikan kesediaan perancangan Pembangunan Mampan selaras dengan kesemua pelan tindakan MPK dalam tempoh lima tahun ini," katanya.

Dalam pada itu, pada Jun lalu, Hari Klang Tanpa Kenderaan buat pertama kalinya dianjurkan dengan tema Malaysia Tanpa Rasuah yang diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga MPK khususnya dan masyarakat setempat amnya, bahawa rasuah adalah menjadi musuh nombor satu negara.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, inisiatif bersama Rasuah Busters itu dapat mendidik kakitangan MPK dan warga Klang supaya menolak apa jua tawaran rasuah daripada sesiapa sahaja.

Ujarnya, melalui kempen tersebut MPK dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai dan meningkatkan imej serta persepsi orang ramai terhadap penjawat awam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!