Warung nasi briyani di Tanjung Langsat hangus
PASIR GUDANG - Sebuah warung nasi briyani di Tanjung Langsat di sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4.58 pagi tadi.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II, Anuar Abdullah berkata, operasi menyelamat membabitkan seramai tujuh anggota dengan bantuan satu jentera.
“Sebaik tiba di lokasi, premis perniagaan berukuran 80 x 40 kaki persegi 80 peratus terbakar.
“Pemadaman menggunakan dua aliran merangkumi tiga pancutan dan salur bantu mula daripada pam jentera selama kira-kira 40 minit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, warung berkenaan telah beroperasi sejak tiga tahun lalu.
Anuar berkata, ketika kejadian premis berkenaan tidak beroperasi selain tiada sebarang kemalangan jiwa dilapor berlaku.
“Punca kejadian dan nilai kerugian masih disiasat. Operasi tamat pada jam 6.25 pagi,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!