[VIDEO] Bapa mangsa kemalangan maut gesa baiki segera jalan berlubang


Demikan luah Abdul Sani Md Yatim, yang merupakan bapa kepada Mohamad Fitri Abdul Sani, 30, yang maut dalam kemalangan di Jalan Mantin- Beranang, berdekatan Stesen Minyak Five di Nilai pada jam 9.30 pagi pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dipercayai telah dilanggar lari oleh kenderaan jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/640608/berita/semasa/bapa-mangsa-kemalangan-maut-gesa-baiki-segera-jalan-berlubang

#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaMojo #kemalanganmaut #jalanberlubang
" />
A
A
A

SEREMBAN - "Saya harap pihak berkuasa dapat betulkan jalan ini kerana sebelum ini sudah ada beberapa kemalangan, tapi tidaklah sehingga meragut nyawa dan hari ini ia terjadi kepada anak saya."

Demikian luah Abdul Sani Md Yatim, 61, bapa kepada Mohamad Fitri Abdul Sani, 30, yang maut dalam kemalangan di Jalan Mantin- Beranang berdekatan sebuah stesen minyak dekat sini pada jam 9.30 pagi Rabu.

Bagaimanapun katanya, dia tidak tahu bagaimana anaknya kemalangan, namun jalan di lokasi terbabit agak teruk dengan keadaan jalan berlubang dan ditakungi air.

"Ada orang awam beritahu mereka terdengar bunyi dentuman sebelum mendapati anak saya terbaring di atas jalan bersama motosikal dan pada waktu itu pula tiada kenderaan lain di situ.

"Tapi keadaan jalan di situ memang agak teruk. Tak tahulah bagaimana kemalangan itu berlaku dan saya juga dapati ada dua cermin sisi dipercayai daripada lori di lokasi kejadian," katanya ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini pada Rabu.

Sehubungan itu dia menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan, namun tetap berharap jalan yang rosak itu dapat segera dibaik pulih.

Nor Nabila menunjukkan gambar Allahyarham Mohamad Fitri yang maut dalam kemalangan di Jalan Mantin- Beranang pada jam 9.30 pagi Rabu. Tangkap layar kenyataan mengenai kemalangan maut membabitkan Allahyarham Mohamad Fitri di Jalan Mantin- Beranang pada jam 9.30 pagi Rabu di Grup WhatsApp Aduan DUN Nilai.
Nor Nabila menunjukkan gambar Allahyarham Mohamad Fitri yang maut dalam kemalangan di Jalan Mantin- Beranang pada jam 9.30 pagi Rabu. Tangkap layar kenyataan mengenai kemalangan maut membabitkan Allahyarham Mohamad Fitri di Jalan Mantin- Beranang pada jam 9.30 pagi Rabu di Grup WhatsApp Aduan DUN Nilai.

Selain itu katanya, Allahyarham menunjukkan sikap yang sedikit berbeza berbanding biasa apabila keluar masuk rumah beberapa kali dan bersalaman selain berpesan supaya menjaga serta memberi anaknya makan sebelum pergi bekerja.

Artikel Berkaitan:

"Arwah memang hantar anaknya ke rumah saya ketika keluar bekerja. Biasanya jam 8 pagi dia sudah keluar, namun hari ini dia berkelakuan pelik sikit apabila keluar masuk rumah sebelum bersalam dengan saya dan isteri,"katanya.

Kakak Allahyarham, Nor Nabila Abdul Sani, 32, pula berkata, anak kedua daripada enam beradik itu seorang anak yang baik kerana suka membantu keluarga.

Lubang dipercayai yang mengakibatkan kemalangan Allahyarham. Keadaan motosikal Allahyarham Mohamad Fitri yang maut dalam kemalangan di Jalan Mantin- Beranang pada jam 9.30 pagi Rabu. Gambar kecil: (Abdul Sani) tidak dapat menahan sebak mencerutakan kemalangan menimpa anaknya
Lubang dipercayai yang mengakibatkan kemalangan Allahyarham. Keadaan motosikal Allahyarham Mohamad Fitri yang maut dalam kemalangan di Jalan Mantin- Beranang pada jam 9.30 pagi Rabu. Gambar kecil: (Abdul Sani) tidak dapat menahan sebak mencerutakan kemalangan menimpa anaknya

"Kami serahkan kepada polis untuk buat siasatan dan tiada siapa tahu setakat ini bagaimana kejadian ini berlaku.

"Ada yang kata kejadian langgar lari atau dipercayai akibat langgar lubang, namun yang kita tahu, jalan di lokasi memang teruk," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Mat Ghani Lateh berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dipercayai telah dilanggar oleh kenderaan jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti.

Katanya, siasatan awal telah dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai mendapati kemalangan berlaku dipercayai kejadian langgar lari.

"Ini kerana terdapat serpihan cermin sisi dan bumper warna putih di tempat kejadian.

"Pihak polis memohon saksi kejadian tampil dan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai Inspektor B Sharveen Raj ditalian 011-26176424 bagi membantu siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!