Pandang Timur atau Barat, contohi yang positif

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

MALAYSIA yang sebelum ini hanya menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh model pembangunan ekonomi menerusi Dasar Pandang Ke Timur, kini turut berminat untuk belajar dari China.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dasar yang telah dilaksanakan selama 40 tahun itu boleh disemak semula susulan perkembangan teknologi digital, keselamatan siber dan lain-lain yang telah mengubah dunia.

Dasar Pandang ke Timur diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1982. Dasar itu bermakna kerajaan dan swasta akan mengambil contoh-contoh dan teladan terbaik dari negara-negara berkenaan dan mengubahsuainya dengan keadaan di Malaysia.

Ini termasuklah budaya dan sistem nilai seperti kuat bekerja, menepati waktu, beretika serta terpenting, semangat bangkit daripada kehancuran akibat bom atom menjadi gergasi ekonomi dunia.

Antara perubahan terawal di Malaysia ialah pengenalan kad perakam waktu kerja, penggunaan tanda nama, penubuhan pasukan meningkatkan mutu kerja, perkhidmatan sehenti dan manual prosedur kerja.

Majalah-majalah asing sebelum ini gambaran dasar itu tidak akan berjaya tidak akan berjaya kerana ia menumpukan kepada kerajinan bekerja tetapi kebanyakan penduduk Melayu adalah pemalas.

Hakikatnya, banyak kejayaan yang telah dicapai dari segi hubungan dua hala, ekonomi dan budaya kerja. Dasar itu jugalah yang telah membuatkan Malaysia berjaya memasuki bidang pembuatan automotif melalui kerjasama pelaburan, antara antaranya kerjasama HICOM dengan Mitsubishi Motors Corporation.

Dasar ini tidaklah berjaya sepenuhnya. Masih ada kakitangan awam dilaporkan curi tulang. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari daripada Jepun dan Korea dan kini China.

Artikel Berkaitan:

Negara teknologi paling maju kini ialah Korea Selatan. Amerika Syarikat jatuh nombor dua, mengikut Global Finance Magazine 2023.

Ini bukan bermakna negara-negara Barat tidak boleh dijadikan model yang baik kepada negara lain.

10 negara paling bersih di dunia, semuanya di Eropah. Negara terbaik Indeks Persepsi Rasuah juga dari Barat. Negara paling kaya juga terletak di situ.

Apayah lagi, bukan semua dari Timur itu baik. Tinjauan oleh Yayasan Nippon tahun ini mendapati 45 peratus belia berumur 18 hingga 29 tahun pernah berfikir untuk membunuh diri. Pada 2022, hampir 22,000 mati akibat bunuh diri di Jepun.

Di Korea Selatan, 30 rakyatnya maut setiap hari sejak tiga tahun lalu kerana mengambil nyawa sendiri. Bunuh diri adalah punca kematian keenam paling di republik tersebut.

Kesimpulannya boleh hendak pandang ke timur atau ke barat, atau ke mana sahaja, tetapi ambillah contoh yang baik. Perkara yang buruk dan negatif tidak usah dijadikan ikutan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!