Lebih 20,000 rakyat Palestin terkorban akibat serangan Israel

Seorang wanita memeluk jenazah anak lelakinya yang maut dalam serangan udara Israel di Khan Yunis.
Seorang wanita memeluk jenazah anak lelakinya yang maut dalam serangan udara Israel di Khan Yunis.
A
A
A

GAZA - Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu kini mencecah 20,000 mangsa.

Pejabat media kerajaan Palestin dalam satu kenyataan menambah, mangsa yang syahid terdiri daripada 8,000 kanak-kanak dan 6,200 wanita.

Selain itu sejumlah 310 kakitangan perubatan, 35 anggota pertahanan awam dan 97 wartawan juga terbunuh dalam serangan kejam Israel. Laporan tersebut turut menyebut lebih 52,000 orang cedera, manakala 6,700 yang lain hilang.

Dalam pada itu amaran dikeluarkan organisasi antarabangsa turut menyebut jumlah korban sebenarnya mungkin lebih tinggi daripada yang dilaporkan.

Ini kerana beribu-ribu orang masih hilang dan tertimbus di bawah runtuhan yang musnah dibedil Zionis.

Potensi kematian yang lebih tinggi juga disumbang berikutan kanak-kanak kecil semakin menderita kebuluran dan mengalami penyakit yang teruk tanpa sebarang rawatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!