Kanak-kanak di Gaza kelaparan

Majoriti mangsa pengeboman Israel di Gaza adalah kanak-kanak.
Majoriti mangsa pengeboman Israel di Gaza adalah kanak-kanak.
A
A
A

RAFAH - Kanak-kanak Palestin yang terpaksa melarikan diri ke selatan Gaza begitu mengidamkan untuk menjamah ayam namun apa yang mampu diberikan oleh ibu bapa mereka hanya satu tin kacang.

Selepas kehilangan tempat tinggal akibat serangan kejam Zionis Israel, Tahany Nasr yang berada di kem pelarian di Rafah hanya fokuskan kepada satu perkara sahaja iaitu mencari makanan dan air yang mencukupi untuk hidup pada hari seterusnya.

Perkara itulah yang berlaku kepada majoriti penduduk Gaza yang berjumlah 2.3 juta orang.

Nasr berkata, berat badan anak-anaknya semakin menyusut dan mengalami pening-pening akibat tidak cukup makan.

"Saya telah merayu untuk memberi makan anak-anak saya dan tidak menemui apa-apa.

"Saya pergi ke Hal Ehwal Sosial, mereka berkata, pergi ke masjid. Saya pergi ke masjid, mereka berkata pergi ke Hal Ehwal," katanya merujuk kepada Kementerian Kebajikan Gaza yang lazimnya menganjurkan pengagihan barangan asas seperti tepung kepada orang yang susah.

Kebuluran telah menjadi isu paling mendesak daripada pelbagai masalah yang dihadapi ratusan ribu penduduk Gaza Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Trak bantuan hanya mampu membawa masuk sebahagian kecil daripada apa yang diperlukan dan pengagihan tidak sekata akibat huru-hara peperangan.

PBB menganggarkan lebih 1.9 juta daripada 2.4 juta penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal. Foto: AFP
PBB menganggarkan lebih 1.9 juta daripada 2.4 juta penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal. Foto: AFP

Artikel Berkaitan:

Beberapa trak telah dihentikan dan dirompak oleh mereka yang terdesak untuk mendapatkan makanan, manakala kawasan yang musnah di luar jangkauan mereka kerana jalan masuk adalah medan pertempuran yang aktif.

Malah di Rafah, kekurangan makanan dan air bersih sangat teruk sehingga menyebabkan orang ramai kehilangan berat badan dan jatuh sakit.

"Kami telah mula melihat orang ramai masuk dalam keadaan kurus kering," kata Samia Abu Salah, seorang doktor penjagaan primer di Rafah.

Beliau berkata, penurunan berat badan dan anemia adalah perkara biasa dan orang yang sangat lemah serta dehidrasi mereka lebih terdedah kepada jangkitan dada dan keadaan kulit.

Bayi dan kanak-kanak amat berisiko dan pertumbuhan mereka akan terjejas.

SATU HIDANGAN BAWANG

"Anak-anak saya baru sahaja memberitahu saya hari ini bahawa mereka mengidam ayam. Di mana saya akan mencari ayam? Di mana? Adakah saya tahu? Semoga Allah menyelamatkan kita.

"Kami tidak menerima apa-apa makanan dalam dua hari. Bagaimana saya boleh menipu anak-anak saya? Dengan pasta? Beberapa rebusan kacang? Saya hanya mampu membuat makanan daripada bawang sahaja," katanya sambil menangis.

Nasr masuk ke dalam khemahnya untuk mengambil tin kacang yang diberikan oleh seorang lelaki yang baik hati kepadanya.

"Ini dia. Ini sahaja yang kita ada sepanjang hari," katanya.

Rakyat Palestin hanya mampu bercakap tentang makan hanya sekali sehari, air catuan dan kanak-kanak mendapat cirit-birit akibat minum air kotor.

Peperangan itu sejak 7 Oktober, membunuh 20,000 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!