Bayern berpeluh sebelum tumbangkan Wolfsburg
BAYERN Munich dipaksa bekerja keras untuk melakar kemenangan 2-1 ke atas VfL Wolfsburg di laman lawan.
Penjaring terbanyak Bundesliga, Harry Kane meledak gol kemenangan untuk meletakkan Bayern pada kedudukan kedua liga, empat mata di belakang Bayer Leverkusen.
Pemain termuda Bayern yang mencipta rekod 100 perlawanan Bundesliga menanduk masuk hantaran lintang Thomas Mueller pada minit ke-33 untuk gol pembukaan pasukan pelawat.
Kane yang merupakan perpindahan paling mahal Bundesliga dalam perpindahan €100 juta (RM510 juta) dari Tottenham Hotspur, kemudian meledak rembatan untuk gol liga ke-21 dua minit sebelum rehat.
Wolfsburg cuba mengurangkan defisit gol selepas Maximilian Arnold menewaskan penjaga gol Manuel Neuer dengan rembatannya pada masa kecederaan separuh masa pertama.
“Ini mungkin kelihatan seperti perlawanan sukar tetapi secara keseluruhannya adalah usaha pasukan yang hebat.
“Kami melakukan segala yang kami mampu untuk meraih kemenangan tipis ini,” kata jurulatih Bayern, Thomas Tuchel.
Bayern kehilangan beberapa pemain kerana kecederaan dan penyakit.
“Kami bekerja keras dan berdisiplin dalam pertahanan tetapi gol itu memberikan Wolfsburg banyak keyakinan.
"Kami terpaksa mengharungi beberapa detik sukar (pada separuh masa kedua) tetapi kami melakukannya dengan sangat baik,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!