KTK: Kerajaan negeri beri tiga bulan laksana pemutihan

Suee Lim (empat dari kanan) dan Noraini (tiga dari kiri) pada majlis Anugerah Komuniti Mampan MPK
Suee Lim (empat dari kanan) dan Noraini (tiga dari kiri) pada majlis Anugerah Komuniti Mampan MPK
A
A
A

KLANG - Pengusaha kilang tanpa kebenaran (KTK) di Selangor diberikan tempoh selama tiga bulan untuk melaksanakan proses pemutihan selepas notis dikeluarkan

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata, tindakan rampasan tanah akan dibuat sekiranya pengusaha gagal berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan.

Beliau mengakui sejak 2006, banyak kelonggaran dan tawaran melaksanakan pemutihan diberi kepada pemilik KTK terbabit, namun sambutan agak kurang menggalakkan.

Ng Suee Lim.
Ng Suee Lim.

“Jadi kali ini kita beri dasar dan tawaran baharu (untuk proses pemutihan) tetapi pada masa sama penguatkuasaan itu akan dijalankan.

“Sekiranya mereka ingkar, penguatkuasaan mesti dijalankan dan kita tidak akan beri peluang. Selepas notis dihantar mereka kena datang buat pemutihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Komuniti Mampan Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersama Yang Dipertua MPK Datin Paduka Noraini Roslan.

Artikel Berkaitan:

Pasukan Rasuah Buster turut menerima penghargaan disampaikan Noraini (tengah) kepada Pengurus Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hasan (kanan).
Pasukan Rasuah Buster turut menerima penghargaan disampaikan Noraini (tengah) kepada Pengurus Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hasan (kanan).

Dalam perkembangan berasingan, MPK mengesan sebanyak 514 daripada jumlah 1,329 KTK pada tahun 2019 beroperasi di kawasan pentadbiran MPK melibatkan 264 (zon A) dan 250 luar zon (zon B).

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap KTK dan akan meningkatkan penguatkuasaan.

“Tindakan penguatkuasaan akan tertumpu kepada kilang tanpa kelulusan, kilang di atas tanah kerajaan di bawah tindakan pejabat daerah dan tanah, tanah hak milik sungai dan kilang yang menyebabkan risiko pencemaran alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan.

Norfiza berkata, MPK dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor serta Pejabat Daerah dan Tanah Klang telah mengadakan sesi taklimat kepada pemilik-pemilik kilang tanpa kebenaran beberapa kali sejak tahun 2007 dan yang terkini pada Jumaat lalu.

Ujarnya, MPK telah membentuk pasukan petugas pada tahun sama untuk melaksanakan program pemutihan dan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian untuk pemutihan KTK.

"MPK turut mengadakan sesi taklimat terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik-pemilik kilang tanpa kebenaran jika masih tidak berusaha mendapatkan kebenaran merancang atau pelan pembangunan diperlukan atau tidak mempunyai lesen sah," tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!