Warga asing suka buat kacau, kerosakan harta benda

Antara warga asing yang ditahan dalam operasi di Jalan Silang, di sini, pada Khamis. - Foto Sinar Harian/Mohd Halim Abdul Wahid
Antara warga asing yang ditahan dalam operasi di Jalan Silang, di sini, pada Khamis. - Foto Sinar Harian/Mohd Halim Abdul Wahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kebanjiran warga asing di sekitar Jalan Silang,di sini didakwa sering membuat kekacauan serta kerosakan harta benda hingga menimbulkan ketakutan dalam kalangan peniaga tempatan.

Peniaga, Alona Passio, 42, berkata, hampir keseluruhan premis di situ menggajikan warga asing yang kebanyakannya terdiri daripada warga Bangladesh dan Nepal.

"Mereka (warga asing) kerap membuat bising dan bergaduh terutamanya ketika mabuk, khemah saya juga pernah patah akibat pergaduhan mereka.

“Malah, ada yang lagak macam orang sini hingga kita rasa tidak selesa,” katanya ketika ditemui di Jalan Silang, pada Khamis.

Dia turut mendakwa, kebanyakan premis dimonopoli oleh warga asing yang disewakan pemilik asal.

Operasi diadakan di Jalan Silang, pada Khamis. - Foto Sinar Harian/Mohd Halim Abdul Wahid
Operasi diadakan di Jalan Silang, pada Khamis. - Foto Sinar Harian/Mohd Halim Abdul Wahid

“Ini kali pertama operasi terbesar pernah saya lihat sejak berniaga kira-kira 11 tahun lalu.

"Bagus juga operasi ni kerana di sini menjadi lokasi tumpuan warga asing terutamanya pada hujung minggu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, seorang pekerja yang enggan dikenali terkejut dengan kehadiran polis pada jam 11 pagi malah beberapa rakan sekerjanya turut ditahan polis kerana isu dokumentasi.

“Operasi sebegini perlu dilakukan sejak dahulu lagi bagi menangani isu kebanjiran warga asing di sekitar ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!