Bekas pembuat batik dituduh paksa anak jiran meliwatnya

Che Rahim (tengah) tidak mengaku salah terhadap tiga tuduhan amang seksual.
Che Rahim (tengah) tidak mengaku salah terhadap tiga tuduhan amang seksual.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang bekas pembuat batik tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual termasuk memaksa anak jiran meliwat dirinya, dua minggu lalu.

Tertuduh, Che Rahim Sidik, 56, didakwa di hadapan Hakim, Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut dua pertuduhan, tertuduh didakwa dengan maksud seksual melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dua bulan itu.

Bagi satu lagi pertuduhan, Che Rahim yang tidak berkahwin itu didakwa melakukan amang seksual dengan memaksa mangsa untuk meliwatnya.

Ketiga-tiga kesalahan dilakukan di dalam bilik di sebuah rumah di Kampung Pintu Geng, di sini pada jam 8 pagi, 6 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Seksyen 14 (d) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Akmal Mohd Bakri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Nur Akmal tidak menawarkan jaminan terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 21 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!