Mayat lelaki jatuh jambatan ditemukan tersangkut pada kayu

Mayat mangsa ditemukan tersangkut pada kayu di Jeti Pok Heng, Pasir Pekan, Tumpat.
Mayat mangsa ditemukan tersangkut pada kayu di Jeti Pok Heng, Pasir Pekan, Tumpat.
A
A
A

KOTA BHARU - Mayat lelaki yang terjatuh ke Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong di sini, ditemukan tersangkut pada kayu di Jeti Pok Heng, Pasir Pekan, Tumpat pada Khamis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mayat pembuat pelbagai barangan besi, Mohd Zulhilmi Mohd Zamri, 37, ditemukan pada jam 9 pagi.

“Mayat ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sejauh enam kilometer dari tempat dia jatuh.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini pada Khamis.

Menurut beliau, operasi SAR yang melibatkan polis, bomba dan Agensi Pertahanan Awam itu seterusnya ditamatkan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, saksi melihat pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu oleh Mohd Zulhilmi dalam keadaan teryuhung-hayang sejauh 150 meter di atas jambatan pada jam 1.30 petang Selasa lalu.

Dia memberhentikan kenderaannya secara mengejut dan turun dari kenderaan serta menerpa ke arah jambatan sebelum jatuh.

Ahli keluarga sebelum ini memberitahu bapa dua anak itu mengalami gangguan halusinasi dan mendengar bisikan halus.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!