Ukraine mahu rakyatnya di luar negara berkhidmat dalam tentera

Ukraine mahu rakyatnya terutama golongan lelaki yang berada di luar negara untuk berkhidmat dalam tentera pada tahun depan. - Foto 123RF
Ukraine mahu rakyatnya terutama golongan lelaki yang berada di luar negara untuk berkhidmat dalam tentera pada tahun depan. - Foto 123RF
A
A
A

KYIV - Ukraine mahu rakyatnya terutama golongan lelaki yang berada di luar negara untuk berkhidmat dalam tentera pada tahun depan.

Rakyat Ukraine berumur antara 25 dan 60 tahun di Jerman dan negara-negara lain yang layak untuk berkhidmat diminta melapor diri di pusat pengambilan tentera, kata Menteri Pertahanan, Rustem Umerov dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya mempelawa rakyatnya untuk berkhidmat secara sukarela, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Kami masih berbincang tindakan apa yang patut diambil sekiranya mereka tidak melapor diri secara sukarela,” katanya.

Bagaimanapun, Presiden Volodymyr Zelensky menyifatkan kerahan berkenaan sebagai 'isu sensitif'.

Tentera Ukraine berhasrat mengerah 450,000 hingga 500,000 lagi tentera untuk memerangi pencerobohan Rusia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!