Tanah runtuh: Baik pulih fasa pertama di Puchong dijangka siap Ahad

Perkembangan kerja-kerja pengukuhan tebing selepas kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong. - Foto Facebook Ng Sze Han
Perkembangan kerja-kerja pengukuhan tebing selepas kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong. - Foto Facebook Ng Sze Han
A
A
A

PETALING JAYA - Kerja-kerja membaik pulih bagi fasa pertama insiden kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong, di sini dijangka selesai pada Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han berkata, pihaknya kini berusaha memastikan kawasan cerun tersebut selamat dan kukuh.

"Ini bagi membolehkan penduduk terjejas untuk berpindah semula ke rumah mereka dengan kadar segera.

“Perkara paling penting adalah (penduduk) ingin pindah semula ke rumah mereka.

"Jadi, kita perlu pastikan rumah mereka ini selamat," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau menambah, kerja-kerja baik pulih kini sedang giat dilaksanakan.

"Sekiranya cuaca membenarkan dan fasa pertama melibatkan pemasangan cerucuk, kita jangka ia akan siap pada Ahad ini,” katanya lagi.

Terdahulu, beliau membuat tinjauan ke lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Sze Han turut memberikan bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah melibatkan sembilan buah rumah bagi meringankan beban penduduk yang terlibat.

Beliau juga akan memanjangkan permintaan penduduk mengenai pampasan berkaitan kerosakan yang berlaku kepada rumah mereka dalam mesyuarat akan datang.

“Ini termasuk mengeluarkan kenderaan penghuni dari rumah mereka.

"Kita juga akan (berbincang) bersama agensi untuk mencari kaedah terbaik dan selamat untuk melaksanakannya dalam masa terdekat,” tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!