Jalan susur di Bulatan Pudu menghala Jalan Sungai Besi ditutup mulai Rabu ini

Gambar hiasan Bernama
Gambar hiasan Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jalan susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew akan ditutup kepada semua lalu lintas mulai 27 Disember ini hingga 12 Januari 2025.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja merobohkan jambatan susur (ramp) dan pembinaan semula jambatan di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu).

"Sebagai alternatif pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan lencongan melalui Jalan Sungai Besi, Jalan Foss, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga," menurut kenyataan itu pada Khamis.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda di lokasi serta arahan daripada polis trafik sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!