Dividen ASB: Beri senyuman kepada pelabur

Orang ramai disarankan rancang kewangan dengan membuat pelaburan untuk mengelakkan krisis pada masa depan.
Orang ramai disarankan rancang kewangan dengan membuat pelaburan untuk mengelakkan krisis pada masa depan.
A
A
A

PENGUMUMAN Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) berhubung agihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.0 sen seunit kepada pemegang Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 berjaya memberi sedikit senyuman pelabur.

Pada tahun lalu, jumlah keseluruhan dividen adalah sebanyak 4.6 sen seunit merangkumi agihan pendapatan 3.35 sen seunit dan bonus sebanyak 1.25 sen seunit.

Walaupun dividen itu hanya meningkat 0.65 sen seunit berbanding tahun lalu, namun ia membuktikan bahawa ekonomi negara berada pada tahap terbaik.

Justeru, orang ramai disarankan agar mempunyai perancangan terhadap kewangan dengan membuat pelaburan untuk mengelakkan krisis pada masa depan.

Ia merupakan langkah yang wajar dilakukan untuk jangka masa panjang seiring dengan situasi semasa di mana berlaku peningkatan harga barangan dan kos sara hidup.

Konsep ASB yang membolehkan pelabur menyimpan atau menabung namun jumlah simpanan tersebut meningkat kerana diberikan dividen menunjukkan ia salah satu pelaburan yang terbaik.

Pelaburan yang dapat memberikan pulangan kepada pelabur adalah menguntungkan berbanding hanya sekadar menyimpan tanpa sebarang faedah kerana nilai wang akan menyusut dari semasa ke semasa.

Selain itu, pelabur perlu melihat tiga perkara sebelum membuat sebarang pelaburan iaitu pastikan modal mereka adalah selamat, kecairan dan kebolehuntungan.

Artikel Berkaitan:

Oleh itu, ciri-ciri tersebut dapat menentukan pelaburan yang dibuat berada dalam kategori tinggi atau rendah risiko dan pulangan tersebut.

Jadikan pelaburan selamat sebagai alternatif untuk menambah tabungan masa depan dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar ketika ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!