Sengaja tanggal brek belakang motor, budak zaman sekarang cari nahas

Trend motosikal yang tidak mempunyai brek belakang membimbangkan. (Foto Bernama) - Gambar hiasan
Trend motosikal yang tidak mempunyai brek belakang membimbangkan. (Foto Bernama) - Gambar hiasan
A
A
A

WALAUPUN jarak usia yang jauh, Merak Jalanan suka bergaul dengan anak-anak muda di taman perumahan kerana dari situ kita dapat mengetahui perkembangan semasa mereka.

Baru-baru ini Merak Jalanan ada meminjam motor salah seorang dari mereka untuk kedai runcit berdekatan kerana ingin merasai pemanduan motosikal empat lejang yang dikatakan 'top' di atas jalan raya ketika ini.

Apabila sampai di satu simpang, Merak Jalanan cuba menekan brek belakang beberapa kali namun tidak berfungsi. Cukup hairan mana mungkin motor yang baru keluar kedai boleh mengalami kerosakan brek.

Merak Jalanan pun bertanya kepada tuan punya motor apa sudah jadi, adakah brek yang dibekalkan komponen murahan.

"Pakai brek depan saja bang, brek belakang kami buang ikut trend sebab nak lagi laju," jawapan yang terpacul dari mulut anak muda itu sungguh mengejutkan.

Minat yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Penat jurutera kenderaan mencipta brek bagi membolehkan penunggang motosikal selamat di atas jalan raya, mereka ubah suai sesuka hati. Apa nak jadi dengan anak muda sekarang.

Dan trend itu makin meluas apabila Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata pihaknya telah mengesan sebanyak 83 motosikal yang tidak mempunyai brek belakang dalam Operasi Motosikal/Samseng Jalanan di sekitar ibu negara, Sabtu lepas.

Artikel Berkaitan:

Katanya, jumlah itu meningkat dengan drastik berbanding operasi yang dilakukan sebelum ini iaitu hanya satu dan dua kes.

Kata polis, trend itu membimbangkan dengan rata-rata penunggangnya memberikan alasan kononnya perbuatan itu dapat melajukan motor.

Pelik alasan pemilik motor tetapi itulah hakikat yang berlaku.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!