Dua maut tercampak longkang, lima cedera nahas tiga kereta

Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan tiga kereta di Bandar Baru Klang pada pagi Jumaat. - Foto bomba
Keadaan di lokasi kemalangan membabitkan tiga kereta di Bandar Baru Klang pada pagi Jumaat. - Foto bomba
A
A
A

SHAH ALAM - Dua lelaki maut manakala lima yang lain termasuk seorang bayi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Persiaran Sultan Ibrahim, Bandar Baru Klang, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan membabitkan kereta Perodua Bezza, Honda City dan Toyota Camry itu pada 6.23 pagi.

Beliau berkata, lima pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

"Dua lelaki berkenaan yang tercampak ke dalam longkang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

"Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa yang cedera, katanya terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan, seorang bayi serta dua lelaki dan mereka dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!