Houthi akan serang AS jika halang sekatan Laut Merah

Helikopter pejuang Houthi dilihat terbang berdekatan kapal kargo Galaxy Leader di Laut Merah. - Foto Reuters
Helikopter pejuang Houthi dilihat terbang berdekatan kapal kargo Galaxy Leader di Laut Merah. - Foto Reuters
A
A
A

SANAA - Pemimpin Houthi Yaman memberi amaran akan menyerang kapal perang Amerika Syarikat (AS) jika mereka dijadikan sasaran ketenteraan.

Ia susulan tindakan Washington menubuhkan pasukan multinasional untuk menangkis serangan pejuang Houthi membuat sekatan ke atas kapal komersial yang mempunyai kaitan dengan Zionis di Laut Merah.

Pemimpin Houthi, Abdel-Malek Al-Houthi berkata, mereka tidak akan berdiam diri tetapi melancarkan perang jika AS bakal mengenakan sekatan lebih dahsyat.

Menurutnya, sebarang kapal perang, keperluan ketenteraan, malahan sebarang cubaan memasuki Laut Merah akan diserang melalui peluru berpandu, dron dan operasi ketenteraan kumpulan itu.

"AS mengumumkan langkah baharu - AS bergerak dari awal dan berusaha dari awal untuk melindungi kapal-kapal Israel dan kapal-kapal yang dikaitkan dengan Israel.

"Kapal-kapal perang mereka cuba sejak awal memberikan segala bentuk perlindungan kepada kapal-kapal Israel. Tetapi apa yang mereka cari sekarang ialah melibatkan orang lain dalam melindungi kapal Israel dan melindungi kapal yang dikaitkan dengan Israel," katanya.

Sejak bulan lalu, Houthi yang menguasai sejumlah besar wilayah di Yaman telah menembak dron dan peluru berpandu ke arah kapal antarabangsa yang belayar melalui Laut Merah.

Kumpulan itu, yang disokong Iran, telah meningkatkan serangan mereka bagi membalas kekejaman Zionis dan sekutunya ke atas Gaza.

Artikel Berkaitan:

Justeru inisiatif keselamatan yang diketuai AS menyaksikan Washington dan kebanyakan negara Pertubuhan Perjanjian Atlatik Utara (NATO) akan bertindak balas terhadap serangan Houthi yang setakat ini menyebabkan syarikat perkapalan global utama terpaksa mengubah laluan perdagangan di sekitar Afrika. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!