15 pengguna lebuh raya PLUS menang baucar beli-belah RM1,000 seorang

Seramai 15 pengguna lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memenangi hadiah utama berupa baucar beli-belah RM1,000 seorang apabila mendaftar dan mematuhi Cadangan Waktu Perjalanan My-TTA yang baharu diperkenalkan pada Deepavali lalu.
Seramai 15 pengguna lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memenangi hadiah utama berupa baucar beli-belah RM1,000 seorang apabila mendaftar dan mematuhi Cadangan Waktu Perjalanan My-TTA yang baharu diperkenalkan pada Deepavali lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 15 pengguna lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memenangi hadiah utama berupa baucar beli-belah RM1,000 seorang apabila mendaftar dan mematuhi Cadangan Waktu Perjalanan My-TTA yang baharu diperkenalkan pada Deepavali lalu.

Seramai 100 pemenang lain pula menerima 8,800 Mata Ganjaran PLUSMiles setiap seorang sempena kempen rintis itu yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM20,000

Mata Ganjaran PLUSMiles boleh ditebus dengan pelbagai jenis baucar bernilai RM50 antaranya daripada AEON, Touch ‘n Go eWallet, Giant, Lotus’s dan lain-lain.

Kesemua pemenang dipilih berdasarkan kriteria dengan mendaftar, membuat dan mematuhi perjalanan berdasarkan waktu perjalanan yang telah dipilih seperti disarankan oleh MyTTA dalam aplikasi PLUS.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, My-TTA adalah inisiatif digital yang berteraskan penganalisaan data dan informasi trafik bagi memudahkan pengguna lebuh raya merangka pilihan waktu perjalanan mengikut keperluan sendiri.

“Pihak PLUS bercadang menambah baik My-TTA sebelum pelancaran secara menyeluruh pada musim perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang.

“Pengguna yang mematuhi My-TTA seperti yang telah disarankan berpeluang memenangi ganjaran menarik sebagai tanda penghargaan PLUS di atas sokongan inisiatif ini.

“PLUS secara berterusan akan memperkenalkan inisiatif terbaharu untuk meningkatkan tahap perkhidmatan lebuh raya kami bagi memberikan pengalaman perjalanan yang lebih baik kepada pengguna selari dengan era digital masa kini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Pemenang utama, K Kaaleswaaran dari Cheras berkata, dia teruja kerana bukan sahaja saya dapat merancang perjalanan balik kampung dengan lebih mudah dan lancar sempena Deepavali baru-baru ini, malah berpeluang memenangi hadiah menarik ditawarkan PLUS.

Seorang lagi pemenang, Tang Joo Peoh berkata, My-TTA mempermudahkan dia sekeluarga merancang perjalanan agar lancar dan sampai ke destinasi pada jangka waktu yang disasarkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!