2 maut, 8 cedera dalam serangan mortar di Myanmar
YANGON - Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan mortar di Wilayah Taninthayi di selatan Myanmar pada Khamis, Xinhua memetik laporan Agensi Berita Myanmar pada Jumaat.
Menurut laporan itu, Angkatan Pertahanan Rakyat (PDF) melancarkan serangan berkenaan menggunakan peluru meriam buatan sendiri yang mengenai tempat tinggal pekerja binaan di bandar Launglon, Wilayah Taninthayi.
Penyerang melakukan serangan itu semasa melarikan diri selepas membakar pejabat sebuah organisasi veteran di bandar Launglon kira-kira 9 pagi waktu tempatan pada Khamis.
Mangsa yang maut termasuk seorang lelaki dan seorang wanita manakala yang cedera, termasuk empat kanak-kanak.
Mangsa dihantar ke Hospital Besar Dawei untuk rawatan.
Pasukan keselamatan sedang mengambil langkah-langkah perlu untuk mengukuhkan kestabilan dan keamanan di kawasan itu. - Bernama/Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!