Lelaki maut jatuh laut
JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut dipercayai akibat lemas setelah terjatuh ke dalam laut berhampiran bangunan Berjaya Waterfront Jalan Ibrahim Sultan, Taman Stulang Laut, Johor Bahru pada Khamis.
Menurut Komander Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I Khas Untuk Penyandang (KUP), Nordatul Badrol Abd Rahman, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara berkenaan melalui talian MERS999 pada jam 11.38 malam.
Katanya, sejurus menerima panggilan tersebut, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS), dua unit bot dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dan Skudai dengan kekuatan keseluruhan 12 belas anggota dihantar ke lokasi.
“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati terdapat mangsa lemas dipercayai seorang lelaki dewasa berusia sekitar 40-an.
“Operasi turut membuat teknik surface searching dan radius pencarian sejauh 3 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.
“Pada Jumaat, PKO kemudiannya bertindak membuat surface searching menggunakan dua bot JBPM dan berjaya menemui mayat mangsa yang terapung pada jarak lebih kurang 15 meter dari tebing,” katanya.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa naik ke daratan dan diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi kemudiannya ditamatkan sekitar jam 1.10 pagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!