Aliran trafik di lebuh raya utama mulai sesak pagi ini

Rakaman gambar dari udara keadaan trafik yang mulai sesak dari arah Karak menuju masuk ke Kuala Lumpur ketika tinjauan sempena menjelang perayaan Krismas di Plaza Tol Gombak. - Foto Bernama
Rakaman gambar dari udara keadaan trafik yang mulai sesak dari arah Karak menuju masuk ke Kuala Lumpur ketika tinjauan sempena menjelang perayaan Krismas di Plaza Tol Gombak. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama mulai sesak pagi ini berikutan pertambahan kenderaan sempena sambutan Hari Krismas, Isnin ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, trafik sesak dan perlahan arah utara dari Sungai Buloh menuju ke Bukit Beruntung setakat jam 9.30 pagi ini

Terdapat kemalangan di KM 426.5 arah selatan dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung dengan lorong kanan dikedua-dua arah masih ditutup dan trafik menuju utara sesak sepanjang 11 kilometer manakala trafik arah selatan masih terkawal.

Kemas kini PLUS menerusi laman X rasminya memaklumkan terdapat kemalangan di KM182.2 arah utara dari Jasin ke Ayer Keroh dengan lorong kanan terhalang serta trafik sesak sepanjang empat kilometer.

Sementara itu, trafik turut dilaporkan perlahan sebelum Plaza Tol Gombak arah timur dari Gombak hingga ke Genting Sempah berikutan pertambahan kenderaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!