Shukor yakin ECP lindungi pemain

Shukor Adan. - Foto: kualalumpurofficial
Shukor Adan. - Foto: kualalumpurofficial
A
A
A

PELAKSANAAN pelaksanaan Economic Control Programme (ECP) bermula pada musim 2020 diharap akan mendorong sikap lebih bertanggungjawab segelintir pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang sebelum ini culas pembayaran gaji pemain.

Tonggak Kuala Lumpur, Shukor Adan berkata, dia menyifatkan ECP bakal menjadi satu ikatan yang kuat kepada pasukan untuk menyempurnakan komitmen mereka terhadap para pemain.

Menurutnya, beliau juga pada masa sama mengakui berasa kecewa kerana pemain kerap kali dipersalahkan jika bersuara dalam isu tunggakan gaji sedangkan perkara itu terjadi kerana kegagalan pihak pengurusan menguruskan kedudukan kewangan yang baik.

“Apa yang saya dengar pasal ECP ini memang bagus kerana perkara ini akan hadirkan rasa tanggungjawab persatuan kepada para pemain kerana sebelum-sebelum ini pemain kerap kali dipersalahkan bila keluarkan kenyataan dalam isu ini sedangkan mereka hanya tuntut hak mereka.

“Sedangkan apa yang pemain minta itu ada terkandung dalam kontrak dan bila janji tidak dilunaskan, pemain kerap kali dipersalahkan.

“Jadi dengan ECP ini saya harap boleh bantu banyak pemain bola sepak kerana tiap pasukan kena sediakan bajet pada awal musim selain perjanjian dengan penaja yang memudahkan perancangan kewangan tiap pasukan dan ini baik kepada pemain,” katanya.

Tambah Shukor yang dipalit isu tunggakan gaji dua musim berturut-turut, dia mengakui simpati dengan nasib pemain-pemain muda yang mahu memulakan karier dalam bola sepak tetapi terperangkap isu tunggakan gaji bersama majikan masing-masing.

Justeru, dia menyeru kepada persatuan bola sepak atau kelab supaya bersikap serius bagi mengikuti langkah pelaksanaan ECP dan bukannya sekadar ‘bagai melepaskan batuk di tangga’.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!