KPDN, pasukan keselamatan cegah penyeludupan musim banjir

Azman (kanan) memantau harga bawang merah besar Pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di sini pada Sabtu.
Azman (kanan) memantau harga bawang merah besar Pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di sini pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Situasi musim banjir yang mengakibatkan limpahan sungai memungkinkan berlaku lebih banyak penyeludupan barang keperluan melalui Sungai Golok.

Justeru, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Kos Sara Hidup Kelantan bekerjasama dengan semua pihak penguat kuasa dan keselamatan bagi mengekang penyeludupan.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, ketika banjir lebat sungai semakin luas tetapi penyeludup tetap mencari peluang menjalankan aktiviti itu.

"Ketika ini jarak sempadan juga semakin luas berikutan kenaikan paras air dan ia menjadi cabaran bagi penguat kuasa dan ejen keselamatan di sempadan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dekat sini pada Sabtu.

Azman (tengah) melihat sayur-sayuran di bawah harga kawalan Pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di sini pada Sabtu.
Azman (tengah) melihat sayur-sayuran di bawah harga kawalan Pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun katanya, setakat ini belum ada sebarang laporan penyeludupan membabitkan KPDN walaupun sudah dua kali berlaku gelombang banjir di Kelantan.

"Kita sentiasa berwaspada bersama semua penguat kuasa dan agensi keselamatan supaya sempadan kita tidak dibolosi dengan mudah oleh penyeludup dengan membawa barangan harian dari negara ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Azman memberitahu, KPDN Kelantan melakukan pemeriksaan ke atas 55,496 premis bermula Januari lalu melibatkan penentuan harga maksimum, harga barangan terkawal, empat skim harga maksimum musim Perayaan Tahun Baharu Cina, Hari Raya Puasa dan Deepavali serta penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam bagi tahun 2023.

Melalui jumlah itu, jelasnya, sebanyak 949 kes dikesan gagal mematuhi peraturan KPDN antaranya menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum, gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal dan sitaan barangan tiruan.

"Kesalahan lain yang turut dikesan ialah penyelewengan, penyeludupan barang kawalan serta tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dipamerkan untuk jualan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!