Amanah ikut jejak langkah Pas kerjasama dengan DAP - Mat Sabu
KLANG - Parti Amanah Negara (Amanah) mengikut jejak langkah Pas yang bekerjasama dengan DAP seperti dilakukan parti tersebut sebelum 2013 lalu.
Demikian sindiran Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu ketika ditanya mengenai saranan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin mengenai kerjasama antara kedua-dua parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.
“Tak, kami tidak mahu layan sebab nak ikut jejak langkah Pas yang telah bekerjasama dan memuji DAP melambung-lambung pada 2018 dan 2013,” katanya ringkas.
Beliau berkata demikian ketika sidang media Konvensyen Nasional Amanah 2023 di salah sebuah hotel di sini pada Sabtu.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, Naib Presiden Amanah, Adly Zahari memaklumkan bahawa parti itu terbuka menerima Pas dalam Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat.
Bagaimanapun, Hashim meletakkan syarat supaya Amanah membuang DAP jika parti berkenaan serius untuk bekerjasama dengan parti itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!