Lori muatan pasir terbabas, jatuh gaung

Pasukan bomba yang tiba membuat penilaian kawasan sebelum membawa keluar pemandu lori yang cedera selepas kenderaannya jatuh gaung di Jalan Bukit Larut, Taiping. - Foto ihsan Bomba Perak
Pasukan bomba yang tiba membuat penilaian kawasan sebelum membawa keluar pemandu lori yang cedera selepas kenderaannya jatuh gaung di Jalan Bukit Larut, Taiping. - Foto ihsan Bomba Perak
A
A
A

TAIPING - Seorang pemandu lori terselamat selepas kenderaan dipandunya terbabas ke dalam gaung sedalam 50 meter di Jalan Bukit Larut di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 40 tahun yang memandu lori muatan pasir itu bagaimanapun mengalami patah pada bahagian kaki kanan dan bahu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, sepasukan 12 anggota diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 4.21 petang.

"Setibanya pasukan di lokasi, terdapat sebuah lori dalam keadaan terbalik dalam gaung berkenaan namun, mangsa tidak tersepit.

"Pasukan melakukan penilaian bagi memastikan keadaan selamat untuk membawa keluar mangsa terlibat," katanya ketika dihubungi di sini.

Pasukan bomba membawa naik mangsa yang cedera di kaki dan bahu menggunakan pengusung di Jalan Bukit Larut, Taiping. - Foto ihsan Bomba Perak.
Pasukan bomba membawa naik mangsa yang cedera di kaki dan bahu menggunakan pengusung di Jalan Bukit Larut, Taiping. - Foto ihsan Bomba Perak.

Menurut beliau, rawatan awal diberikan dan peralatan khas digunakan untuk menarik mangsa ke atas.

"Mangsa diikat pada pengusung dan operasi mengambil masa 30 minit untuk menariknya ke atas.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Taiping menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.37 petang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!