Larangan berhijab ditarik balik di selatan India
NEW DELHI - Negeri Karnataka di selatan India memutuskan untuk membatalkan larangan memakai tudung di dalam premis pendidikan, Agensi Anadolu memetik kenyataan pegawai tertinggi negeri itu pada Jumaat.
"Saya telah memberitahu (pegawai) untuk menarik balik larangan berhijab," menurut hantaran Ketua Menteri Siddaramaiah di platform X.
The Press Trust of India memetik Siddaramaiah sebagai berkata, larangan memakai tudung akan ditarik balik pada 23 Disember di negeri yang diperintah parti Kongres Kebangsaan India itu.
Isu larangan berhijab bermula pada Januari lalu apabila pelajar perempuan Islam dihalang daripada memasuki kelas di sebuah kolej kerajaan di daerah Udupi kerana memakai tudung.
Para pelajar kemudian merayu di Mahkamah Tinggi Karnataka, yang mengekalkan larangan terbabit.
Pada Oktober 2023, Mahkamah Agung India mengeluarkan keputusan di sebaliknya mengenai larangan yang dikenakan oleh institusi pendidikan di dalam premisnya di negeri Karnataka. - Bernama-Anadolu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!