Aliran trafik di lebuh raya utama lancar

Aliran trafik di KM21.6 Lebuhraya KL-Karak lancar pada malam Sabtu.
Aliran trafik di KM21.6 Lebuhraya KL-Karak lancar pada malam Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama lancar dan tiada sebarang kesesakan lalu lintas dilaporkan setakat 10 malam ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) menunjukkan keadaan lalu lintas terkawal selain jumlah kenderaan dilaporkan tidak tinggi.

"Aliran trafik Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menuju Kuantan dan LPT 2 lancar setakat ini. Sama seperti hari-hari biasa.

"Begitu juga aliran trafik di Tol Bentong, juga tiada sebarang peningkatan jumlah kenderaan," katanya kepada Bernama malam ini.

Namun, aliran trafik dilaporkan perlahan dari Parit Buntar, Perak ke Nibong Tebal, Pulau Pinang dan dari Seremban, Negeri Sembilan menuju Melaka.

Akaun X rasmi PLUS Trafik memaklumkan aliran trafik bergerak lancar namun perlahan disebabkan oleh kenderaan rosak.

"Lori rosak di Kilometer 271.3 arah selatan dari Nilai ke Bandar Ainsdale. Lorong tengah terhalang. Trafik terkawal. Trafik juga perlahan arah selatan dari Sedenak ke Senai, Johor. Pandu cermat," menurut ciapan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!