Lebih 200 maut, 368 cedera dalam tempoh 24 jam di Gaza

Seorang wanita memeluk jenazah anak lelakinya yang maut dalam serangan udara Israel di Khan Yunis.
Seorang wanita memeluk jenazah anak lelakinya yang maut dalam serangan udara Israel di Khan Yunis.
A
A
A

BANDARAYA GAZA - Angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 20,258 nyawa dengan 53,688 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu mendedahkan seramai 201 orang terbunuh manakala 368 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu, lapor Agensi Anadolu.

Israel telah melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!