Bangunan madrasah terbakar, 20 pelajar sempat selamatkan diri

Bangunan tempat aktiviti pelajar terbakar dalam kejadian kebakaran di Madrasah Al-Fattah, di Kampung Sungai Batu 19, Sandakan.
Bangunan tempat aktiviti pelajar terbakar dalam kejadian kebakaran di Madrasah Al-Fattah, di Kampung Sungai Batu 19, Sandakan.
A
A
A

SANDAKAN - Kira-kira 20 pelajar madrasah sempat menyelamatkan diri selepas salah sebuah bangunan terbakar dalam kejadian di Madrasah Al-Fattah, Kampung Sungai Batu 19 di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, semua pelajar di madrasah berkenaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.33 pagi.

Menurutnya, seramai 14 anggota dikejar ke lokasi kejadian terletak sejauh 36 kilometer dari BBP Sandakan.

Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran bangunan Madrasah Al-Fattah, Kampung Sungai Batu 19, Sandakan.
Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran bangunan Madrasah Al-Fattah, Kampung Sungai Batu 19, Sandakan.

"Pada mulanya pihak bomba menerima panggilan bahawa berlaku kebakaran melibatkan elektrik, namun kira-kira 10 minit kemudian barulah dimaklumkan kebakaran turut melibatkan bangunan madrasah tersebut.

"Sebaik tiba, sebuah bangunan jenis separuh kekal iaitu tempat pelajar madrasah melakukan aktiviti telah terbakar 100 peratus," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Katanya lagi, operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan dengan menggunakan sumber air dari jentera bomba dan sumber air terbuka.

Artikel Berkaitan:

Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran bangunan Madrasah Al-Fattah, Kampung Sungai Batu 19, Sandakan.
Pasukan bomba berusaha memadamkan kebakaran bangunan Madrasah Al-Fattah, Kampung Sungai Batu 19, Sandakan.

"Ketika kejadian seramai 20 pelajar sudah keluar dari bangunan tersebut dan pasukan bomba kemudian bertindak mengawal kebakaran.

"Api berjaya dikawal dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.19 pagi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!