Utamakan parti berbanding kejar cita-cita peribadi

Khalid ketika berucap dalam Konvensyen Nasional Amanah 2023 di salah sebuah hotel dekat Klang pada Ahad. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Khalid ketika berucap dalam Konvensyen Nasional Amanah 2023 di salah sebuah hotel dekat Klang pada Ahad. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

KLANG - Parti Amanah Negara (Amanah) mengingatkan para perwakilan supaya mengutamakan kepentingan parti dan negara berbanding mengejar cita-cita peribadi.

Pengarah komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad memberi peringatan itu selepas meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir ahli parti yang membuat kritikan terbuka di media termasuk isu dalaman parti sehingga memberikan imej buruk.

Menurutnya, perpaduan dalam Amanah boleh dicapai sekiranya ahli memberikan tumpuan kepada matlamat utama parti dan bukan menjadikan ia sebagai platform mencari kerjaya.

“Perpaduan ini senang kalau hati kita bersih dan pentingkan parti serta negara, lebih daripada pentingkan cita-cita sendiri atau kelompok.

“Saya kecewa bila ada bantahan, tapi tak puas hati bawa pergi media, bila bawa ke media maknanya kamu tak pentingkan kesan buruk dan negatif terhadap parti,” katanya pada Ahad.

Perwakilan yang hadir pada Konvensyen Nasional Amanah 2023 yang berlangsung di salah sebuah hotel di Klang pada Ahad. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Perwakilan yang hadir pada Konvensyen Nasional Amanah 2023 yang berlangsung di salah sebuah hotel di Klang pada Ahad. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa usul berkata demikian ketika berucap di Konvensyen Nasional Amanah 2023 hari kedua di salah sebuah hotel di sini.

Pada 5 Disember lalu, terdapat satu laporan media peribadi menyatakan bahawa seorang pemimpin utama Amanah yang tidak menafikan terdapat kelompok tertentu sedang mengatur gerakan menukar kepimpinan sedia ada dengan teraju baharu pada pemilihan parti akan datang.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, pada 10 Disember, Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menafikan berlakunya perpecahan dalam parti susulan desas-desus pertukaran pucuk pimpinan tersebut.

Tambah beliau, isu perpecahan dalaman tidak timbul berikutan kedudukan lima jawatan tertinggi termasuk presiden ditentukan secara konsensus membabitkan 27 pimpinan tertinggi yang bakal dipilih oleh perwakilan dari seluruh negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!