Lebih 100 kenderaan terkandas di jalan Gua Musang-Lojing

Jalan Lojing-Pos Blau-Kuala Betis di Pos Blau ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 8 pagi tadi. - Foto Bernama
Jalan Lojing-Pos Blau-Kuala Betis di Pos Blau ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 8 pagi tadi. - Foto Bernama
A
A
A

GUA MUSANG - Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan air Sungai Brooke melimpahi Jalan Lojing-Pos Blau-Kuala Betis di Pos Blau, di sini, seterusnya mengakibatkan laluan itu ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 8 pagi tadi.

Penduduk Orang Asli dari Pos Brooke, Murad Mat, 44, berkata, kejadian disedari penduduk pada kira-kira jam 6 pagi tadi.

"Kira-kira jam 7 pagi tadi, saya keluar untuk pergi bekerja di bandar Gua Musang dan menyedari air telah melimpah dari anak sungai Brooke mencecah paras paha di atas jalan dan menenggelamkan kira-kira 50 meter laluan utama terbabit.

Sebahagian pengguna jalan raya yang mengguna laluan Lojing - Pos Blau - Kuala Betis, terkandas apabila air melimpah ke atas jalan ekoran hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan hari ini. - Foto Bernama

"Air biasanya akan memakan masa yang agak lama untuk surut, jadi akan menjejaskan perjalanan pengguna. Saya terpaksa berpatah balik ke rumah dan mengambil cuti hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi itu, hari ini.

Penunggang motosikal Hazwan Mat Hazmi, 36, yang dalam perjalanan pulang dari Temerloh, Pahang menuju ke Tanah Tinggi Lojing berkata, beliau bersama sembilan rakan konvoi yang lain terkandas sejak jam 6 pagi tadi.

"Sesampai sahaja di sini pada jam 6 pagi tadi jalan telah pun ditenggelami air dan kami terkandas sehingga kini kerana air belum surut lagi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian kenderaan yang melalui jalan Lojing - Pos Blau - Kuala Betis, terkandas apabila air melimpah di atas jalan ekoran hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan hari ini. - Foto Bernama
Sebahagian kenderaan yang melalui jalan Lojing - Pos Blau - Kuala Betis, terkandas apabila air melimpah di atas jalan ekoran hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan hari ini. - Foto Bernama

Menurut Aminah Zakaria, 45, penduduk dari Kampung Pos Blau berkata, kejadian banjir kilat kerap berlaku di kawasan tersebut sekiranya hujan berterusan dalam jangka masa yang lama.

"Ini merupakan kali kelima berlaku banjir tahun ini. Sebelum ini pihak berwajib telah pun membersihkan dan menggali kawasan sungai, tetapi nampaknya masih tiada penyelesaian.

"Harapan saya semoga pihak berwajib dapat memikirkan cara lain untuk mengatasi kejadian ini. Kasihanlah penduduk dan pengguna yang kerap terhalang dan terkandas kerana ini adalah laluan utama," katanya.

Pemilik kenderaan ini bertindak nekad meredah laluan yang dinaiki air ekoran hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan di jalan Lojing - Pos Blau - Kuala Betis hari ini. - Foto Bernama
Pemilik kenderaan ini bertindak nekad meredah laluan yang dinaiki air ekoran hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan di jalan Lojing - Pos Blau - Kuala Betis hari ini. - Foto Bernama

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati setakat jam 12 tengah hari, lebih 100 kenderaan tidak dapat meneruskan perjalanan melalui laluan berkenaan.

Sementara itu laman sesawang https://bencanaalam.jkr.gov.my turut memaklumkan selain Jalan Lojing-Pos Blau-Kuala Betis, jalan masuk ke Felda Aring dan jalan masuk ke Ciku 7 dan Ciku 8 turut ditutup kepada semua kenderaan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!