Dr Dzulkefly peroleh undian tertinggi pemilihan Amanah 

Dr Dzulkefly yang juga Pengarah Strategi parti mendapat 900 undi.
Dr Dzulkefly yang juga Pengarah Strategi parti mendapat 900 undi.
A
A
A

KLANG - Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memperoleh undian tertinggi pada pemilihan jawatankuasa pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi sesi 2023-2026.

Beliau yang juga Pengarah Strategi parti mendapat 900 undi.

Undian kedua tertinggi pula dimiliki bekas ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dengan 899 undi.

Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof pula memperoleh 755 undian manakala Datuk Seri Mohamad Sabu menduduki tempat kelapan dengan 613 undi.

Terdahulu, 1,008 perwakilan mengundi secara dalam talian atau e-voting bagi memilih speaker, timbalan speaker dan 27 jawatankuasa pimpinan Amanah bagi sesi 2023-2026.

Secara keseluruhan, seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan itu.

Selepas selesai pemilihan 27 jawatankuasa pimpinan tersebut, mereka kemudiannya akan memilih lima jawatan tertinggi parti berkenaan secara musyawarrah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!