Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Natal

Foto FB Istana Negara
Foto FB Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Natal kepada masyarakat yang beragama Kristian di Malaysia.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.

"Semoga perayaan ini membawa keamanan, kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat yang beragama Kristian di Malaysia," menurut hantaran itu.

Hari Natal atau Krismas disambut pada 25 Dis setiap tahun oleh penganut Kristian. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!