Menyayat hati, penduduk Gaza makin kelaparan

Proses agihan makanan dilakukan di sebuah kem penempatan sementara di Rafah di selatan Genting Gaza pada Sabtu. - Foto AFP
Proses agihan makanan dilakukan di sebuah kem penempatan sementara di Rafah di selatan Genting Gaza pada Sabtu. - Foto AFP
A
A
A

RAFAH - Ribuan penduduk Palestin sanggup beratur panjang demi untuk mendapatkan makanan yang diagihkan di pusat Tkiyeh di bandar paling selatan di Genting Gaza.

“Detik paling sukar buat saya adalah ketika mengedarkan makanan kepada mereka. Saya berasa sebak apabila kanak-kanak mengadu mereka kelaparan,” kata sukarelawan, Bakr al-Naji.Menurutnya, kebanyakan sukarelawan yang memasak hidangan untuk penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal juga sanggup memberikan bahagian mereka.

Laporan Sistem Pemantauan Kebuluran (IPC) memberi amaran lebih dua juta penduduk Gaza menghadapi masalah kekurangan makanan yang teruk sejak awal bulan lalu manakala kira-kira 378,000 berdepan ‘bencana kebuluran’.

“Terdapat risiko kebuluran yang meningkat pada setiap hari dan populasi di wilayah terkepung itu bakal menghadapi ketidakamanan makanan yang teruk dalam tempoh beberapa minggu akan datang,” ujar laporan tersebut lagi. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!