Saman JPJ meningkat 26 peratus

Operasi Khas Ambang Tahun Baru 2020 JPJ Wilayah Persekutuan di Bangsar malam tadi.
Operasi Khas Ambang Tahun Baru 2020 JPJ Wilayah Persekutuan di Bangsar malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan peningkatan saman sebanyak 26 peratus tahun lalu.

Pengarahnya, Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, sebanyak 106,861 saman dikeluarkan sejak Januari sehingga Disember tahun lalu berbanding 85,130 saman dalam tempoh sama pada tahun 2018.

Menurutnya, kebanyakan saman membabitkan penunggang motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin sisi dan menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dibenarkan

"Peningkatan kes ini disebabkan kekerapan anggota JPJ menjalankan operasi di lokasi 'hotspot' sekitar ibu negara.

"Saman paling tinggi dicatatkan tiada lesen memandu iaitu sebanyak 6,534 berbanding 5,103 pada 2018 lalu iaitu peningkatan 33.7 peratus berbanding kesalahan lain," katanya.

Operasi bersepadu itu turut membabitkan anggota trafik.
Operasi bersepadu itu turut membabitkan anggota trafik.

Beliau berkata demikian selepas Operasi Khas Ambang Tahun Baru 2020 di Jalan Bangsar hala ke pusat bandar di sini malam tadi.

Mengulas mengenai operasi itu, Ismail berkata, sebanyak 870 kenderaan diperiksa dengan 352 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi bermula jam 8 malam sehingga jam 11 malam.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, 20 motosikal disita kerana cukai jalan dan insurans tamat tempoh melebihi dua tahun termasuk kesalahan ditunggangi warga asing tidak mempunyai dokumen sah.

"Operasi ini adalah langkah terakhir bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!