Sungai Lembing lepasi paras bahaya

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

KUANTAN - Sungai Lembing melepasi paras bahaya dengan aras terkini direkodkan 39.63 meter (m) setakat jam 9 malam pada Ahad.

Menurut laporan laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bacaan bagi paras normal bagi sungai berkenaan adalah 32m.

Laporan berkenaan turut merekodkan bacaan amaran melibatkan tiga lagi sungai utama di daerah Jerantut iaitu Sungai Tembeling di Kuala Tahan (66.14m) yang berada pada tren air menurun dan Sungai Tembeling di Kuala Tahan (66.32m) serta Sungai Tembeling di Kampung Merting (tren air menaik) sekitar 59.89m.

Tiga lagi sungai membabitkan Sungai Pahang di Jerantut Feri, Jerantut; Sungai Tembeling di Kampung Bantal Seberang, Jerantut; dan Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut berada pada paras waspada.

Begitu juga Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub merekod paras waspada.

Setakat ini, hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka kekal satu di Sekolah Kebangsaan Felda Kota Gelanghi 1, Jerantut.

Pemindahan itu melibatkan seramai penduduk terjejas seramai 78 mangsa daripada 19 keluarga disebabkan limpahan air dari Sungai Siam akibat hujan lebat sejak Sabtu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!