Hukum penjara sahaja peniaga 'ali baba'

Laporan berita yang diterbitkan Sinar Harian pada 21 Ogos 2016.
Laporan berita yang diterbitkan Sinar Harian pada 21 Ogos 2016.
A
A
A

JALAN Silang di ibu negara sudah tidak asing lagi dengan ‘penjajahan’ warga asing terutama dari Bangladesh yang menjalankan aktiviti perniagaan sehingga lokasi itu digelar ‘Mini Dhaka’.

Lokasi itu boleh dikatakan sebagai tidak selamat oleh orang tempatan yang merasakan diri cukup asing apabila melalui kawasan tersebut.

Wartawan Sinar Harian pernah melaporkan berita bersiri bermula 21 Ogos 2016 bertajuk ‘KL Bukan Kita Punya’ yang memaparkan penguasaan warga asing di Jalan Silang, seolah-olah mereka kebal dan bebas melakukan apa-apa sahaja.

Mereka membuka kedai runcit, berniaga makanan, membuka kedai telefon, urut kaki dan sebagainya.

Bahkan ketika wartawan Sinar Harian sedang membuat tinjauan sambil mengambil gambar, mereka didatangi kumpulan samseng yang mengugut untuk mencederakan sekiranya tidak beredar dari kawasan tersebut.

Mahu tidak mahu, terpaksa angkat kaki demi keselamatan biarpun Kuala Lumpur itu milik kita, bukan warga asing.

Serbuan polis di Jalan Silang pada 21 Disember lalu membuka mata ramai pihak, sekali gus membuktikan bahawa laporan Sinar Harian yang disiarkan kira-kira tujuh tahun lalu itu masih relevan sehingga ke hari ini.

Dalam operasi dengan kekuatan lebih 1,000 anggota dan pegawai polis daripada Pasukan Gerakan Am, seramai 1,101 pendatang asing tanpa izin ditahan hasil serbuan di 60 premis di sekitar Jalan Silang.

Artikel Berkaitan:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dalam respons segera menegaskan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan membatalkan atau menggantung sementara lesen peniaga yang didapati melanggar peraturan perniagaan dengan menyewakan premis mereka kepada warga asing.

Bagaimanapun, hukuman kepada pemilik premis atau ali baba yang menyewakan premis itu kepada warga asing cukup ringan kerana tidak mendatangkan rasa gerun kepada mereka.

Bahkan, tidak mustahil akan wujud ali baba lain menjalankan peranan sama kerana Jalan Silang itu sudah cukup sinonim dengan warga asing.

Mungkin kerajaan atau pihak berkuasa tempatan perlu meminda undang-undang iaitu mewujudkan hukuman penjara maksimum lima atau 10 tahun kepada peniaga yang didapati melanggar peraturan perniagaan dengan menyewakan premis mereka kepada warga asing.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!