Mayat lelaki ditemui dalam kereta di Kota Damansara
PETALING JAYA - Tapak 'car boot sale' Damansara di Kota Damansara dekat sini dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam sebuah kereta pada Ahad.
Mayat lelaki terbabit dipercayai telah mengembung dan berbau busuk.
Menurut saksi, jasad yang ditemukan dalam kereta itu dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada sehari.
Menurut satu hantaran yang dimuat naik oleh @hammerbesi49 di laman TikTok, mangsa dipercayai sudah empat hari meninggal dunia.
“Patutlah semalam tidur sini ada bau lain macam. Rupanya ada orang meninggal dunia. Nasib baik sudah habis berniaga,” katanya di ruangan kapsyen.
Menurut hantaran lain di laman TikTok, mangsa juga telah meninggalkan sekeping nota yang meminta orang ramai menghubungi ahli keluarganya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa terkejut dengan penemuan tersebut.
“Baru dua hari lepas jumpa mayat dalam longkang di Kota Damansara. Hari ini ada lagi,” kata @nrftna.
“Makin meningkat kes kematian, hati-hati semua,” kata @ismalzx.
“Habislah orang tak mahu datang car boot sale ni lagi,” kata Fatin.
@sinarharianonline Misteri bau busuk di lokasi jualan barangan terpakai di Kota Damansara pada Ahad digemparkan dengan penemuan mayat di dalam kereta yang dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu. Muzik: Fire and Ice dari Artlist.io Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian#SinarTerkini#Mayat#KotaDamansara original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!