‘Terima kasih perwakilan’ - Mujahid

Foto Facebook Dr Mujahid Yusof Rawa
Foto Facebook Dr Mujahid Yusof Rawa
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengucapkan jutaan terima kasih buat para perwakilan yang hadir dan mengundinya dalam pemilihan jawatankuasa pimpinan pada Ahad lalu.

Beliau berkata, perkara paling utama buat masa ini adalah tumpuan membawa Amanah di barisan hadapan politik negara dengan menggunakan jalan Rahmah.

Menurutnya, ahli parti perlu kekalkan identiti Rahmah itu dalam diri masing-masing dan mengangkat dasar ‘Rahmatan Lil Alamin’.

“Setinggi-tinggi penghargaan buat perwakilan yang mengundi saya.

"Seperti dalam ucapan, kita perlu kekalkan identiti Rahmah dalam diri semasa memperjuangkan parti.

“Sebagai Timbalan Presiden, saya penuhi dengan rasa tanggungjawab demi kemaslahatan parti bersama.

“Terima kasih sekali lagi. Ayuh semua, kita rapatkan saf dan bersama memposisikan parti, Sirru Ala Barakatillah,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas terpilih sebagai antara lima pemegang jawatan tertinggi parti tersebut dalam pemilihan jawatankuasa pimpinan di Konvensyen Nasional Amanah 2023 yang bertempat di salah sebuah hotel dekat Klang pada 23 dan 24 Disember lalu.

Artikel Berkaitan:

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu kekal menyandang jawatan tersebut apabila sekali dipilih menerajui parti itu, manakala Naib Presiden masing-masing diisi Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud dan Adly Zahari.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!